Assalamualaikum & apa kaba sume?
Punca-punca battery laptop cepat rosak, cepat kong dan cepat abes jangka hayatnya. Dekat bawah ni saya senaraikan punca-puncanya berdasarkan pengalaman dan sedikit rujukan. Baca sampai abes k! ;)
Assalamualaikum & Hi semua!
Apa kaba? Sihat ke? Dalam bulan syawal ni korang puasa enam tak? hiks. Btw memandangkan pada entri lepas saya dah berkongsi punca-punca bateri laptop cepat rosak, so pada entri kali ini sewajarnya saya rasa untuk berkongsi berkenaan tips dan cara penjagaan bateri laptop dengan betul dan bagaimana caranya untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop anda. So, anda semua ikut cara-cara di bawah okay? ;)
Cara Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Laptop Anda
1. 8%
Ada apa dengan 8%? Jika bateri korang adalah bateri baru, so guna dulu bateri tu sampai tinggal sekurang-kurangnya 8% pada saat pertama kali menggunakannya. Dan jangan kurang dari itu, kemudian terus cas.
2. 8 Jam
Lepastu barulah cas bateri sehingga 8 jam even indicator bateri telah menunjukkan 100%. Pastikan cukup 8 jam kemudian baru cabut. *Amaran! Jangan sesekali On laptop anda dan menggunakannya pada ketika ini.
3. 100%
Jika korang bercadang untuk tidak menggunakan bateri dalam masa seminggu ke atas, pastikan korang tidak cas bateri sehingga 100% kerana ini semua boleh menyebabkan bateri anda jadi mengembang/kembung.
4. 50%
Jika korang bercadang untuk tidak menggunakan bateri laptop/laptop anda selama seminggu ke atas, Tinggalkan atleast 50% bateri di dalamnya.
5. 0%
Jangan sesekali tinggalkan bateri dalam keadaan 0% kerana ini menyebabkan bateri kemungkinan tidak boleh di cas semula.
Assalamualaikum & Hi semua!
Pernah tak terjadi dekat laptop anda bila tarikh dan masa kerap berubah, tidak selari dengan yang terkini dan tidak tetap tarikh & waktunya. Dah betulkan dan setting balik tarikh dan masa kepada yang betul, then esok-esok lusa bila buka laptop balik , nampak tarikh tak up-to-date.
Assalamualaikum & Hi!
Sedang sedap-sedap google, tiba-tiba browser google chrome saya tertutup sendiri (force close), kemudian terbuka semula (restart) balik dengan sendirinya. Ingatkan kenapa. Tetapi bila dah restart balik tu tiba-tiba muncul sejenis search engine yang tidak dikenali dan tidak diketahui dari mana asal usulnya.
Rupa-rupanya browser pada laptop saya ni dah kena hijack, mungkin disebabkan kecuaian yang tidak disengajakan seperti
terdownload software yang mengandungi virus dsb. Sebab tu kalau nak download atau install apa-apa software, kena scan dulu dengan
Virus Total. kendian tengok terms & conditions before install.
Assalamualaikum & Hi!
Runsing saya pada ketika itu. Sudah beberapa kali remove, tetapi
Browser Hijacker tersebut tetap tidak hilang. Ciput sahaja kecuaian saya pada ketika itu. Hanya kerana terdownload software mengandungi virus, tetapi besar efeknya pada laptop saya. Jenuh menggunakan pelbagai cara untuk membuangnya, baik menggunakan software, antivirus mahupun manual. Tetapi tetap tidak berkesan.
Setelah berbincang dengan kawan saya, Mr.Z, dia menyarankan saya agar mereset semula windows 10 saya. Fungsinya sama seperti factory reset mahupun format komputer. Dan bertujuan untuk membuang segala malware, spyware dan virus yang sukar dibuang. Tetapi, tak perlu risau sebab file-file penting kita seperti assigment, dokumen-dokumen penting, movie dan sebagainya tetap tidak akan hilang.
Sebab-sebab Kenapa Kena Reset Windows 10?
- Apabila windows10 anda terjangkit malware mahupun virus degil
- Antivrus tak berkesan untuk melawan malware mahupun virus sedia ada
- Letih cari pelbagai cara untuk membuang browser hijacker, tetapi tidak berjaya.
- Reset Windows 10 tidak sama seperti format biasa kerana file-file penting anda still tak akan hilang.
- Remove semua aplikasi yang diinstall kemudian oleh anda sendiri, mahupun virus.
Cara-cara Reset Windows 10 Tanpa Menghilangkan File-file Penting Anda
Assalamualikum & Hi!
Semakin meningkatnya technology, semakin banyak penipuan dan scams secara online. Oleh itu Cimb bank telah membawakan pesanan agar berhati-hati dengan segala jenis scams berkaitan LHDN. Contohnya menyuruh anda membayar cukai pendapatan, mendakwa mereka adalah pihak LHDN dan sebagainya.