Apa Itu Browser Hijacker?

Assalamualaikum & Hi!





Sedang sedap-sedap google, tiba-tiba browser google chrome saya tertutup sendiri (force close), kemudian terbuka semula (restart) balik dengan sendirinya. Ingatkan kenapa. Tetapi bila dah restart balik tu tiba-tiba muncul sejenis search engine yang tidak dikenali dan tidak diketahui dari mana asal usulnya. 

Rupa-rupanya browser pada laptop saya ni dah kena hijack, mungkin disebabkan kecuaian yang tidak disengajakan seperti terdownload software yang mengandungi virus dsb. Sebab tu kalau nak download atau install apa-apa software, kena scan dulu dengan Virus Total. kendian tengok terms & conditions before install.

Dan untuk membuang browser hijacker ni bukanlah mudah. Teknik-teknik yang pernah digunakan sebelum ini semua tidak berkesan. Bersihkan browser, remove search engine yang tidak berkaitan, remove adds on yang tidak berkaitan, reset setting pada browser, cari dan remove virus tersebut kat registry, unistall program yang tidak dikenali pada setting programs and features, tetapi semuanya tak berkesan. Last-last guna software adware cleaner, sadly still tak berkesan jugak. Jahat betullah malaun yang create browser hijacker ni. Sobs.

Kadang lagi kesian bila ada yang tak perasan dan tak tahu browser mereka dah kena hijack. Sobs. 




Tahukah anda apa itu browser hijacker?


Browser hijacker adalah sejenis malware yang akan install software mereka ke dalam Programs and features anda dengan cepat tanpa meminta permission anda, unistall browser asal anda dan mengantikan dengan browser mereka yang sudah siap-siap terpasang search engine mereka, atau modified kesemua browser dan search engine anda dengan menukar kepada search engine mereka, install adds on yang tidak diperlukan, dan akan redirect anda ke website mereka ataupun mengeluarkan popups ads yang sangat annoying.


Motif?


Kalau dah namanya Malware, sudah tentu ada macam-macam niat jahat kan. Mostly adalah untuk generate income. Contoh dengan cara untuk menambah traffic ke website mereka. Kendian,  bila anda search something ia akan redirect anda ke page yang mereka suka (malicious site) atau dengan kata lain pada top search mereka (kerana browser mereka memang telah di design untuk manipulate hasil carian anda ), mengeluarkan iklan-iklan tertentu based on hasil carian anda atau pendek kata korang punya browsing habit diintai mereka, mengintai maklumat peribadi anda dan banyak lagi.

Bagaimana Browser Hijacker Boleh Menjangkiti Laptop Anda?


Browser hijacker biasanya datang bersama programs yang anda download, biasanya terdapat pada free software dan sebagainya. So, kalau nampak benda tu free software berhati-hatilah.  Sebab tu sebelum download apa-apa kena baca terms and conditions dan scan dulu link download dekat Virus Total. Berkali-kali pesan dah -_-" (sedangkan sendiri pun terbuat jugak. hoho). Setelah diyakini bersih, barulah anda boleh download dan install software-software tersebut. Jangan main pakai hentam je. tsk.


Contoh Browser Hijackers


Biasa search engine default kita mestilah google kan, takpun yahoo. Kebanyakannya lah. Ni tetiba keluar entah apa-apa jenis entah. Contoh seperti di bawah :-


Seriously beb, susah betul nak remove jenis yang ni. Bermacam-macam cara buat tapi, tak berkesan. 
Mula-mula hilang dah, then ia akan di add kembali ke browser kita, selagi akar umbinya tidak dapat dikesan dan di remove dengan betul. Sobs

Jenis lain pulak

Kadang dekat search engine tu lagi dah siap2 kuar ads


Lagi haru yang keluar macam ni. -_- 
User yang tak tahu tu pun terus percaya dengan warning palsu ni. 




Berlainan jenis browser hijacker, juga berlainan jenis cara untuk remove. Ada yang susah, ada yang senang. So, kalau browser anda ada ciri-ciri seperti di atas, maksudnya dah terkena hijack lah tu. Berhati-hati dan dicadangkan jangan sesekali buat urusan peribadi seperti shopping online dan sebagainya.

Macam mana nak remove akan saya kongsikan di entri yang akan datang. Apapun moga info ini bermanfaat. Selamat berhujung minggu semua! *Jiran selang sebelah rumah bersalin, jap lagi nak pi jenguk dengan mak.*
Wokay Happy Holiday. Babai!

Full credit : Nadhie Wueen

0 Comments