Assalamualaikum & Hi semua!
Apa kaba? Sihat ke? Dalam bulan syawal ni korang puasa enam tak? hiks. Btw memandangkan pada entri lepas saya dah berkongsi punca-punca bateri laptop cepat rosak, so pada entri kali ini sewajarnya saya rasa untuk berkongsi berkenaan tips dan cara penjagaan bateri laptop dengan betul dan bagaimana caranya untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop anda. So, anda semua ikut cara-cara di bawah okay? ;)
Cara Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Laptop Anda
1. 8%
Ada apa dengan 8%? Jika bateri korang adalah bateri baru, so guna dulu bateri tu sampai tinggal sekurang-kurangnya 8% pada saat pertama kali menggunakannya . Dan jangan kurang dari itu, kemudian terus cas.
2. 8 Jam
Lepastu barulah cas bateri sehingga 8 jam even indicator bateri telah menunjukkan 100%. Pastikan cukup 8 jam kemudian baru cabut. *Amaran! Jangan sesekali On laptop anda dan menggunakannya pada ketika ini.
3. 100%
Jika korang bercadang untuk tidak menggunakan bateri dalam masa seminggu ke atas, pastikan korang tidak cas bateri sehingga 100% kerana ini semua boleh menyebabkan bateri anda jadi mengembang/kembung.
4. 50%
Jika korang bercadang untuk tidak menggunakan bateri laptop/laptop anda selama seminggu ke atas, Tinggalkan atleast 50% bateri di dalamnya.
5. 0%
Jangan sesekali tinggalkan bateri dalam keadaan 0% kerana ini menyebabkan bateri kemungkinan tidak boleh di cas semula.


