Assalamualaikum & Hi!
![]() |
| 10 Cara Untuk Melindungi Privasi Dan Keselamatan Ketika Menggunakan Free WiFi |
Lambakan WiFi free sekarang membuatkan kita senang hati untuk menggunakannya dan menjimatkan data yang biasanya digunakan melalui telefon bimbit. Setiap kali pergi public place, Cafe, Restaurant dan sebagainya, apabila menawarkan free hotspot, cepat-cepat je kita nak connect kan. Dapat menjimatkan mobile data katakan.
Tetapi harus diingatkan bahawa tidak semua free hotspot itu adalah selamat. Kerana bermacam cara hackers akan cuba untuk mendapatkan maklumat sulit anda. Antara mereka hotspot palsu yang seakan-akan hotspot sebenar yang terdapat pada cafe tersebut, lantas membuatkan mangsa terpedaya untuk menggunakannya.


